Monday, April 6, 2009

Logo Dan Latar Belakang SUKMA XIII, Melaka 2010



LOGO Rekabentuk logo yang dihasilkan adalah berbentuk haiwan yang terkenal pada zaman dahulu iaitu Kancil atau nama saintifiknya Tragulus Napu adalah haiwan mamalia yang sangat sinonim dengan hikayat melayu.

Rupa haiwan ini seakan-akan tikus dan pelanduk dengan panjang 76 sentimeter dan ketinggian 33 sentimeter dan mempunyai berat 8 kilogram.

Bulu badan haiwan ini berwarna coklat keemasan dan mempunyai kaki yang runcing dengan mata yang besar serta memiliki sepasang taring.

KONSEP SUKAN MALAYSIA

merupakan satu pertandingan sukan yang dianjurkan bersama oleh berbagai pihak yang terlibat dalam membangunkan sukan di negara ini. Pendekatan bersepadu ini bertujuan untuk memberi peranan pihak-pihak berkenaan iaitu agensi kerajaan, persatuan-persatuan sukan serta pihak swasta untuk melaksanakan program pembangunan sukan supaya tanggungjawab ini dapat dilaksanakan bersama. SUKAN MALAYSIA dianjurkan seolah ’Mini Olimpik’ kerana bilangan jenis sukan yang terlibat serta penyertaan adalah sangat besar malahan ia lebih ramai dari Sukan SEA.

OBJEKTIF UTAMA
1. Mencungkil bakat muda.
2. Pembinan kemudahan baru & peralatan lengkap bagi negeri tuan rumah.
3. Latihan kepada pegawai sukan peringkat negeri/kebangsaan.
4. Penglibatan oleh pihak kerajaan, pertubuhan sosial, politik & pemimpin-pemimpin korporat.
5. Mewujudkan integrasi nasional.

Wednesday, April 1, 2009


MAKLUMAT ASAS KAMPUNG


Parlimen:
JASIN

Ahli Parlimen:
YB DATUK HJ AHMAD BIN HJ HAMZAH

DUN:
RIM

Ahli DUN:
YB EN MOHD YAZZED BIN HJ KHAMIS

Pegawai Daerah:
EN. HALIM BIN AHMAD

Penghulu Mukim:
EN NOORAZMI B MAHMUD

Penyelaras K-Bestari :
EN. MOHD YUSOF BIN ABD.SAMAD

Pengerusi K-Bestari :
TN. HAJI MUHAMAD BIN WAHAB

Tarikh ditubuhkan :
2001


SEJARAH DAN MOTTO

Motto:
PERTANIAN MENJANA PENDAPATAN MASYARAKAT

Sejarah:

Kampung Kelubi telah ditubuhkan pada awal tahun 1900. Antara penduduk Kelubi terawal adalah terdiri dari beberapa keluarga sahaja iaitu Keluarga Tok Tamin, Keluarga Tok Dogol , Tok Gedut, Tok Ma’asip, Tok Salimin, Tok Komeng , Tok Karim, Tok Galau, Tok Mahmud dan Tok Marsan.
Pada asalnya Kelubi adalah dari kawasan yang berpaya, terdiri dari banyak pokok asam paya atau dikenali dengan asam Kelubi. Disebabkan kawasan ini pada mulanya dipenuhi dengan pokok Asam Kelubi, maka dengan itu kawasan ini dinamakan bersempena nama pokok tersebut iaitu Kelubi.
Pada masa itu, penduduk setempat mempunyai kemahiran mengubati sakit mata. Maka ramailah penduduk dan pesakit mata yang datang dari luar untuk mendapat rawatan di Kg. Kelubi. Keadaan ini menjadikan Kelubi semakin dikenali. Hasil dari itu, penghijrahan sedikit demi sedikit akhirnya mengubah dan menjadikan sebuah kampung yang berkembang .
Pada peringkat awal K-Bestari dikenali sebagai K3p Kelubi telah ditubuhkan pada tahun 2001, Kemudian nya ia ditukar kepada K-Bestari Kelubi pada tahun 2004 dan pada 2008 K-bestari ditukar lagi menjadi K-Bestari Dun Rim.

INFO K- Bestari


1. Pengerusi : Tn. Haji Muhamad b Wahab
2. Timbalan Pengerusi : En. Rasul b Kassim
3. Setiausaha : En. Hamzah b Abdul Samad
4. Bendahari : En. Abas bin Muntaz Ahmad
5. Ahli Jawatankuasa :

Pn. Hjh Maimunah bt Ab Hadi
En. Selamat b Mohd
En. Akhbar b Arshad
Pn. Zabedah bt Ibrahim
En. Ramli b Md Deni
Rim - En. Jasni b Ramli
Chabau - En. Abu Supian b Abu Samah
Simpang Bekoh - En. Abd. Halim b Ab. Ghani
Chohong - Tn. Haji Mustafa b Charom
Simpang Kerayong - En. Hasnol b Hj Wahab
Terentang - Tn. Haji Ahmad b Baharuddin
Seri Kesang - En. Sabaruddin b Hj. Said
Kemendor - En. Rashid


Tuesday, March 31, 2009

ASSALAMUALAIKUM...

Selamat datang ke blog rasmi Komuniti BESTARI DUN Rim.


KB ini dinaungi oleh YB Encik Mohd Yazed bin Hj. Khamis dan diterajui oleh Tn Hj. Muhamad bin Wahab sebagai Pengerusi.
KB ini berpengkalan di Anjung Bestari Kg Kelubi.Kami akan sentiasa memaklumkan sebarang perkembangan yang berlaku di dalam DUN Rim untuk pengetahuan anda sekalian.Sekali lagi kami mengalu-alukan sebarang komen daripada anda demi kebaikan KB DUN Rim sebagai hub informasi di kawasan ini.