Wednesday, April 1, 2009


MAKLUMAT ASAS KAMPUNG


Parlimen:
JASIN

Ahli Parlimen:
YB DATUK HJ AHMAD BIN HJ HAMZAH

DUN:
RIM

Ahli DUN:
YB EN MOHD YAZZED BIN HJ KHAMIS

Pegawai Daerah:
EN. HALIM BIN AHMAD

Penghulu Mukim:
EN NOORAZMI B MAHMUD

Penyelaras K-Bestari :
EN. MOHD YUSOF BIN ABD.SAMAD

Pengerusi K-Bestari :
TN. HAJI MUHAMAD BIN WAHAB

Tarikh ditubuhkan :
2001


SEJARAH DAN MOTTO

Motto:
PERTANIAN MENJANA PENDAPATAN MASYARAKAT

Sejarah:

Kampung Kelubi telah ditubuhkan pada awal tahun 1900. Antara penduduk Kelubi terawal adalah terdiri dari beberapa keluarga sahaja iaitu Keluarga Tok Tamin, Keluarga Tok Dogol , Tok Gedut, Tok Ma’asip, Tok Salimin, Tok Komeng , Tok Karim, Tok Galau, Tok Mahmud dan Tok Marsan.
Pada asalnya Kelubi adalah dari kawasan yang berpaya, terdiri dari banyak pokok asam paya atau dikenali dengan asam Kelubi. Disebabkan kawasan ini pada mulanya dipenuhi dengan pokok Asam Kelubi, maka dengan itu kawasan ini dinamakan bersempena nama pokok tersebut iaitu Kelubi.
Pada masa itu, penduduk setempat mempunyai kemahiran mengubati sakit mata. Maka ramailah penduduk dan pesakit mata yang datang dari luar untuk mendapat rawatan di Kg. Kelubi. Keadaan ini menjadikan Kelubi semakin dikenali. Hasil dari itu, penghijrahan sedikit demi sedikit akhirnya mengubah dan menjadikan sebuah kampung yang berkembang .
Pada peringkat awal K-Bestari dikenali sebagai K3p Kelubi telah ditubuhkan pada tahun 2001, Kemudian nya ia ditukar kepada K-Bestari Kelubi pada tahun 2004 dan pada 2008 K-bestari ditukar lagi menjadi K-Bestari Dun Rim.

INFO K- Bestari


1. Pengerusi : Tn. Haji Muhamad b Wahab
2. Timbalan Pengerusi : En. Rasul b Kassim
3. Setiausaha : En. Hamzah b Abdul Samad
4. Bendahari : En. Abas bin Muntaz Ahmad
5. Ahli Jawatankuasa :

Pn. Hjh Maimunah bt Ab Hadi
En. Selamat b Mohd
En. Akhbar b Arshad
Pn. Zabedah bt Ibrahim
En. Ramli b Md Deni
Rim - En. Jasni b Ramli
Chabau - En. Abu Supian b Abu Samah
Simpang Bekoh - En. Abd. Halim b Ab. Ghani
Chohong - Tn. Haji Mustafa b Charom
Simpang Kerayong - En. Hasnol b Hj Wahab
Terentang - Tn. Haji Ahmad b Baharuddin
Seri Kesang - En. Sabaruddin b Hj. Said
Kemendor - En. Rashid


No comments: